Saya akan berkongsi dengan anda tentang bagaimana saya mengajar topik rangkaian nombor untuk tahun 1. Standard Kandungan 1.5 Rangkaian Nombor Standard Pembelajaran 1.5.1 Membilang nombor. 1.5.2 Melengkapkan sebarang rangkaian nombor. Untuk mengajar tentang rangkaian nombor, pengetahuan sedia ada murid ialah murid boleh mengira dengan betul menggunakan bahan konkrit dan mengenal simbol nombor. Catatan yang terdapat pada DSKP Membilang satu-satu, dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh dan empat-empat secara tertib menaik dan menurun dengan menggunakan pelbagai objek, gambar dan garis nombor. Peringkat-peringkat Mengajar Rangkaian Nombor Berdasarkan catatan pada DSKP, saya merancang untuk membahagikan PdPc ini kepada beberapa peringkat iaitu Pertama : Membilang menggunakan bahan konkrit Kedua : Membilang menggunakan bahan konkrit dan piktorial (Murid kira kemudian tulis nombor) Ketiga : Menggunakan gambar rajah (pada peringkat ini saya memperkenalkan garis nombor) Keempat : Membilang berdasarkan simbol nombor sahaja (garis nombor) Saya mulakan dengan membilang mengikut tertib menaik terlebih dahulu. Aktiviti Mengajar Rangkaian Nombor Aktiviti Peringkat Pertama: Aktiviti pertama saya memberikan murid blok dienes dan menyuruh murid menyatakan bilangan blok diens. Berdasarkan pemerhatian saya, murid-murid membilang satu-satu. Murid dapat membilang satu-satu dengan baik. Kemudian saya menyoal murid "ada tak cara lain untuk membilang dengan lebih cepat?" Pelbagai jawapan yang mereka berikan antaranya a) cakap laju-laju, sebut satu, dua, tiga empat cepat-cepat. b) kita ambil la macam dua-dua kira (jawapan ini yang saya dapat dari anak murid perempuan saya) Berdasarkan idea yang diberikan oleh murid saya, mereka mengubah cara mengira dua-dua. Tidak dinafikan pada peringkat awal, murid masih lagi terpaksa membilang blok diens dengan menyebut satu persatu ' satu... dua... tiga... empat..." Tetapi idea membilang secara dua-dua murid dapat mengaplikasikannya dengan mengambil dua-dua blok diens dan membilang blok-blok tersebut. Aktiviti Peringkat Kedua: Murid membilang blok dienes dan menulis nombor. Ketiga : Menggunakan gambar rajah (pada peringkat ini saya memperkenalkan garis nombor)
0 Comments
|
Tentang CikguCikgu Saffuan Jaffar kini bertugas di SK Long Sepiling. Mengajar subjek Matematik Tahun 1-6. Subjek lain dia tak ajaq. Blog TerdahuluKategoriRakan Pompang |