Pada 18 Januari sehingga 20 Oktober 2016 telah berlansung Program Pintar Sifir Peringkat Sekolah. Program Pintar Sifir bertujuan menggalakkan murid-murid untuk menguasai sifir untuk membantu mereka dalam menyelesaikan masalah matematik serta mewujudkan persaingan positif dalam kalangan murid sendiri. Di samping itu, program ini bermatlamat untuk meningkatkan prestasi murid dalam peperiksaan penilaian pada masa hadapan.
Sepanjang program berlansung banyak proses penambahbaikan dilakukan supaya kualiti program ini dapat dipertingkatkan. Selepas penilaian dibuat sepanjang program berlansung, Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Long Sepiling membahagikan Program Pintar Sifir kepada fasa-fasa seperti berikut: Fasa 1 Januari - Jun 1. Fasa ini murid-murid diminta untuk menghafal sifir dan mengisi kad-kad sifir dengan tanda tangan guru-guru. Murid bersaing sesama sendiri untuk mengumpulkan kad sifir sebanyak yang mungkin. Fasa 2 Julai - Ogos 1. Murid-murid diberikan pendedahan tentang teknik-teknik untuk menghafal sifir seperti menggunakan jari, melukis gambar rajah bintang dan sifir nombor telefon 2. Murid murid kemudian menghafal sifir dan mengisi kad-kad sifir dengan tanda tangan guru-guru Fasa 3 Ogos - Oktober 1. Setiap pagi diantara jam 6.30 pagi sehingga 7.00 pagi Rabu, Khamis dan Jumaat murid-murid mengisi Jadual Sifir. Murid-murid tahun 1 turut diberikan pendedahan tentang cara-cara mengisi Jadual Sifir. 2. Murid yang tidak menguasai kemahiran mengisi Jadual Sifir mereka dibimbing oleh rakan-rakan yang mahir. Fasa 4 17-21 Oktober Kuiz Matematik dijalankan untuk menguji kemahiran mencongak dan menghafal sifir. Kelemahan : a) Program Pintar Sifir bertujuan untuk menjadikan menghafal sifir sebagai budaya sekolah namun begitu penglibatan murid semakin merosot memandangkan Program Pintar berlansung dalam tempoh yang lama. b) Murid tidak bermotivasi apabila melihat rakan-rakan yang lain berjaya mengumpul banyak kad sifir dan mereka rasa rendah diri dan tidak mampu untuk menyaingi rakan-rakan yang lebih cekap. c) Murid terutamanya murid tahun 2 yang sering menghilangkan kad Pintar Sifir. Kekuatan : a) Pada asalnya program ini hanya menfokuskan kepada menghafal sifir namun pendekatan mempelbagaikan intipati program sedikit sebanyak mendedahkan kepada murid dan guru tentang cara menghafal sifir dengan lebih menarik b) Panitia Matematik mendapati murid seawal tahun 1 berjaya mengisi Jadual Sifir secara penambahan berulang dan murid tahun 3 dan tahun 4 menguasai sifir dengan baik. c) Program Pintar Sifir berjaya mewujudkan budaya menghafal sifir sepanjang tahun di sekolah. d) Program Pintar Sifir mendapat kerjasama yang sangat baik dalam kalangan guru dan staf sokongan di sekolah, murid dapat peluang yang besar untuk memenuhkan kad sifir mereka dengan tanda tangan. Cadangan Penambahbaikan : Berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang telah dikenal pasti, berikut adalah cadangan penambahbaikan Program Pintar Sifir untuk pada masa akan datang. a) Memandangkan program ini berlansung dalam tempoh yang agak lama, guru menetapkan target supaya murid masing-masing berusaha untuk mencapai target dan mengurangkan jurang persaingan antara murid yang cemerlang dan lemah. Target-target tersebut ditetapkan berdasarkan beberapa fasa yang ditetapkan oleh guru matematik b) Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan dan ahli-ahli kumpulan terdiri daripada murid cemerlang dan murid lemah. Ia bertujuan untuk membimbing murid sesama mereka dan memudahkan guru membuat pemantauan. Selain itu mereka sesama ahli akan membimbing rakan-rakan untuk mencapai target memenuhkan kad sifir dengan tanda tangan. c) Pada masa akan datang guru boleh berikan penghargaan bagi murid yang berjaya mencapai target secara berkumpulan seperti yang dinyatakan di b) dengan memberikan hadiah seperti gula-gula. Selain daripada itu, kumpulan yang berjaya mencapai target dibenarkan untuk menonton tayangan video. Kriteria Pencalonan Anugerah Murid Pintar Sifir Peringkat Sekolah 2016 Setelah program dijalankan dan penilaian yang telah dibuat oleh guru-guru Matematik, dua orang murid akan dicalonkan sebagai penerima anugerah Murid Pintar Sifir untuk pertama kali di peringkat sekolah bagi tahun 2016. Murid-murid tersebut dipilih berdasarkan kriteria-kirteria berikut; a) mengumpul Kad Sifir yang paling banyak dari tempoh Januari sehingga Jun b) dapat mengisi Jadual Sifir kurang daripada 3 minit tanpa sebarang kesalahan c) menguasai kesemua sifir dari 2 sehingga 13 dengan baik d) dapat menjawab soalan sifir secara rawak dan mencongak jawapan tanpa sebarang kesalahan e) murid-murid tersebut adalah pemenang bagi kuiz congak matematik yang dijalankan pada 17-20 Oktober 2016 sempena Minggu Matematik. Saya berharap agar program ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang dan Program Pintar Sifir terus menjadi program tahunan sekolah. Semoga Allah memberkati niat murni kami ini dan seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakannya. Diharap program ini akan terus menjadi program tahunan sekolah. Sebarang cadangan penambahbaikan dari rakan-rakan guru amat saya hargai. Cikgu Saffuan
0 Comments
Minggu ini kita akan belajaq pasai nilai tempat. Sebelum masuk kelas, cikgu nak hangpa download dulu nota dan cuba fahamkan. Jangan asyik nak tengok Maharaja Lawak Mega ja...
Saya akan berkongsi dengan anda tentang bagaimana saya mengajar topik rangkaian nombor untuk tahun 1. Standard Kandungan 1.5 Rangkaian Nombor Standard Pembelajaran 1.5.1 Membilang nombor. 1.5.2 Melengkapkan sebarang rangkaian nombor. Untuk mengajar tentang rangkaian nombor, pengetahuan sedia ada murid ialah murid boleh mengira dengan betul menggunakan bahan konkrit dan mengenal simbol nombor. Catatan yang terdapat pada DSKP Membilang satu-satu, dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh dan empat-empat secara tertib menaik dan menurun dengan menggunakan pelbagai objek, gambar dan garis nombor. Peringkat-peringkat Mengajar Rangkaian Nombor Berdasarkan catatan pada DSKP, saya merancang untuk membahagikan PdPc ini kepada beberapa peringkat iaitu Pertama : Membilang menggunakan bahan konkrit Kedua : Membilang menggunakan bahan konkrit dan piktorial (Murid kira kemudian tulis nombor) Ketiga : Menggunakan gambar rajah (pada peringkat ini saya memperkenalkan garis nombor) Keempat : Membilang berdasarkan simbol nombor sahaja (garis nombor) Saya mulakan dengan membilang mengikut tertib menaik terlebih dahulu. Aktiviti Mengajar Rangkaian Nombor Aktiviti Peringkat Pertama: Aktiviti pertama saya memberikan murid blok dienes dan menyuruh murid menyatakan bilangan blok diens. Berdasarkan pemerhatian saya, murid-murid membilang satu-satu. Murid dapat membilang satu-satu dengan baik. Kemudian saya menyoal murid "ada tak cara lain untuk membilang dengan lebih cepat?" Pelbagai jawapan yang mereka berikan antaranya a) cakap laju-laju, sebut satu, dua, tiga empat cepat-cepat. b) kita ambil la macam dua-dua kira (jawapan ini yang saya dapat dari anak murid perempuan saya) Berdasarkan idea yang diberikan oleh murid saya, mereka mengubah cara mengira dua-dua. Tidak dinafikan pada peringkat awal, murid masih lagi terpaksa membilang blok diens dengan menyebut satu persatu ' satu... dua... tiga... empat..." Tetapi idea membilang secara dua-dua murid dapat mengaplikasikannya dengan mengambil dua-dua blok diens dan membilang blok-blok tersebut. Aktiviti Peringkat Kedua: Murid membilang blok dienes dan menulis nombor. Ketiga : Menggunakan gambar rajah (pada peringkat ini saya memperkenalkan garis nombor)
|
Tentang CikguCikgu Saffuan Jaffar kini bertugas di SK Long Sepiling. Mengajar subjek Matematik Tahun 1-6. Subjek lain dia tak ajaq. Blog TerdahuluKategoriRakan Pompang |