Cikgu Saffuan Jaffar
  • Blog
  • MATEMATIK
    • NOMBOR DAN OPERASI
    • SUKATAN DAN GEOMETRI
    • STATISIK DAN KEBARANGKALIAN
  • Biodata
  • JURNAL
  • GALERI
  • HUBUNGI SAYA

Cikgu Saffuan Jaffar

Laman perkongsian matematik sekolah rendah

Program Pintar Sifir

3/23/2017

0 Comments

 
Picture
 Pada 18 Januari sehingga 20 Oktober 2016 telah berlansung Program Pintar Sifir Peringkat Sekolah. Program Pintar Sifir bertujuan menggalakkan murid-murid untuk menguasai sifir untuk membantu mereka dalam menyelesaikan masalah matematik serta mewujudkan persaingan positif dalam kalangan murid sendiri. Di samping itu, program ini bermatlamat untuk meningkatkan prestasi murid dalam peperiksaan penilaian pada masa hadapan.
 
​Sepanjang program berlansung banyak proses penambahbaikan dilakukan supaya kualiti program ini dapat dipertingkatkan. Selepas penilaian dibuat sepanjang program berlansung, Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Long Sepiling membahagikan Program Pintar Sifir kepada fasa-fasa seperti berikut:

 Fasa 1
Januari - Jun
1. Fasa ini murid-murid diminta untuk menghafal sifir dan mengisi kad-kad sifir dengan tanda tangan guru-guru. Murid bersaing sesama sendiri untuk mengumpulkan kad sifir sebanyak yang mungkin.

​Fasa 2
Julai - Ogos
1. Murid-murid diberikan pendedahan tentang teknik-teknik untuk menghafal sifir seperti menggunakan jari, melukis gambar rajah bintang dan sifir nombor telefon
2. Murid murid kemudian menghafal sifir dan mengisi kad-kad sifir dengan tanda tangan guru-guru
 
Fasa 3
Ogos - Oktober
1. Setiap pagi diantara jam 6.30 pagi sehingga 7.00 pagi Rabu, Khamis dan Jumaat murid-murid mengisi Jadual Sifir. Murid-murid tahun 1 turut diberikan pendedahan tentang cara-cara mengisi Jadual Sifir.
2. Murid yang tidak menguasai kemahiran mengisi Jadual Sifir mereka dibimbing oleh rakan-rakan yang mahir.

Fasa 4
17-21 Oktober
Kuiz Matematik dijalankan untuk menguji kemahiran mencongak dan menghafal sifir.
 
Kelemahan :
 
a) Program Pintar Sifir bertujuan untuk menjadikan menghafal sifir sebagai budaya sekolah namun begitu penglibatan murid semakin merosot memandangkan Program Pintar berlansung dalam tempoh yang lama.
 
b) Murid tidak bermotivasi apabila melihat rakan-rakan yang lain berjaya mengumpul banyak kad sifir dan mereka rasa rendah diri dan tidak mampu untuk menyaingi rakan-rakan yang lebih cekap.
 
c) Murid terutamanya murid tahun 2 yang sering menghilangkan kad Pintar Sifir.
 
Kekuatan :
 
a) Pada asalnya program ini hanya menfokuskan kepada menghafal sifir namun pendekatan mempelbagaikan intipati program sedikit sebanyak mendedahkan kepada murid dan guru tentang cara menghafal sifir dengan lebih menarik
 
b) Panitia Matematik mendapati murid seawal tahun 1 berjaya mengisi Jadual Sifir secara penambahan berulang dan murid tahun 3 dan tahun 4 menguasai sifir dengan baik.
 
c) Program Pintar Sifir berjaya mewujudkan budaya menghafal sifir sepanjang tahun di sekolah.
 
d) Program Pintar Sifir mendapat kerjasama yang sangat baik dalam kalangan guru dan staf sokongan di sekolah, murid dapat peluang yang besar untuk memenuhkan kad sifir mereka dengan tanda tangan.
 
Cadangan Penambahbaikan :
 
Berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang telah dikenal pasti, berikut adalah cadangan penambahbaikan Program Pintar Sifir untuk pada masa akan datang.
 
a) Memandangkan program ini berlansung dalam tempoh yang agak lama, guru menetapkan target supaya murid masing-masing berusaha untuk mencapai target dan mengurangkan jurang persaingan antara murid yang cemerlang dan lemah. Target-target tersebut ditetapkan berdasarkan beberapa fasa yang ditetapkan oleh guru matematik
 
b) Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan dan ahli-ahli kumpulan terdiri daripada murid cemerlang dan murid lemah. Ia bertujuan untuk membimbing murid sesama mereka dan memudahkan guru membuat pemantauan. Selain itu mereka sesama ahli akan membimbing rakan-rakan untuk mencapai target memenuhkan kad sifir dengan tanda tangan.
 
c) Pada masa akan datang guru boleh berikan penghargaan bagi murid yang berjaya mencapai target secara berkumpulan seperti yang dinyatakan di b) dengan memberikan hadiah seperti gula-gula. Selain daripada itu, kumpulan yang berjaya mencapai target dibenarkan untuk menonton tayangan video.
 
Kriteria Pencalonan Anugerah Murid Pintar Sifir Peringkat Sekolah 2016
 
            Setelah program dijalankan dan penilaian yang telah dibuat oleh guru-guru Matematik, dua orang murid akan dicalonkan sebagai penerima anugerah Murid Pintar Sifir untuk pertama kali di peringkat sekolah bagi tahun 2016. Murid-murid tersebut dipilih berdasarkan kriteria-kirteria berikut;
 
a) mengumpul Kad Sifir yang paling banyak dari tempoh Januari sehingga Jun
b) dapat mengisi Jadual Sifir kurang daripada 3 minit tanpa sebarang kesalahan
c) menguasai kesemua sifir dari 2 sehingga 13 dengan baik
d) dapat menjawab soalan sifir secara rawak dan mencongak jawapan tanpa sebarang kesalahan
e) murid-murid tersebut adalah pemenang bagi kuiz congak matematik yang dijalankan pada    17-20 Oktober 2016 sempena Minggu Matematik.

Saya berharap  agar program ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang dan Program Pintar Sifir terus menjadi program tahunan sekolah. Semoga Allah memberkati niat murni kami ini dan seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakannya.  Diharap program ini akan terus menjadi program tahunan sekolah. Sebarang cadangan penambahbaikan dari rakan-rakan guru amat saya hargai.

Cikgu Saffuan


0 Comments



Leave a Reply.

    Tentang Cikgu 

    Cikgu Saffuan Jaffar kini bertugas di SK Long Sepiling. Mengajar subjek Matematik Tahun 1-6. Subjek lain dia tak ajaq.

    Blog Terdahulu

    March 2017

    Kategori

    All
    Jurnal
    Latihan

    Rakan Pompang

    Fariza Zaza

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Blog
  • MATEMATIK
    • NOMBOR DAN OPERASI
    • SUKATAN DAN GEOMETRI
    • STATISIK DAN KEBARANGKALIAN
  • Biodata
  • JURNAL
  • GALERI
  • HUBUNGI SAYA